Thursday, June 3, 2010

Viva Turbo















Ini salah sebuah perodua viva kepunyaan sahabat yang baru saya kenali yang memakai sebuah enjin turbo half cut kod L150 JB DET model daihatsu MOVE (lihat gambar di bawah), ianya menggunakan sistem transmisi tiptronic maka ianya perlukan sedikit pengubahsuaian pada sistem transmisi asal iaitu manual.
Difahamkan enjin ini belum dilakukan pengubahsuaian sepenuhnya lagi kerana waktu saya mengenali pada hari itu juga dia memberitahu ingin menukar enjin tersebut kepada enjin yang lebih berkuasa lagi iaitu Daihatsu YRV 1.3 Turbo Tiptronic Transmission. So enjin yang ditunjukkan disini mungkin akan dijualnya.
Jangan bimbang segala modifikasi ini telah mendapat kelulusan dari JPJ berserta surat kebenaran dan pengesahan. Oh ya enjin model ini just PNP (Plug & Play) sahaja, tiada pengubahsuaian mounting enjin perlu dilakukan.
Enjin yang baru akan dimasukkan nanti tak dapatlah saya bayangkan betapa banyak kuasa yang dimilikinya bila dipindahkan kepada badan sekecil perodua viva terbabit. Pasti korang terkebil- kebil bila melihat sebuah perodua viva yang mampu bersaing dengan sebuah kereta sedan yang mempunyai kapasiti cc yang besar.Oklah korang semua boleh enjoy dengan melihat gambar ini. Cuba lihat ruang yang tidak begitu padat, kemas dan elok posisinya.